Friday 19 July 2013

Siasat ganas anti-Muslim

PARIS: Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, semalam mendesak Presiden Myanmar, Encik Thein Sein, agar menyiasat sepenuhnya keganasan terhadap puak minoriti Rohingya yang beragama Islam di negaranya.
Encik Hollande juga berkata satu ikrar membebaskan tahanan politik harus disusuli dengan tindakan.
Encik Hollande mengadakan pertemuan ringkas dengan Encik Thein Sein di Paris dua hari selepas bekas pemimpin tentera dari Myanmar itu menemui rakan sejawatan beliau di London sebagai sebahagian daripada lawatan mendapatkan bantuan Barat.
Bantuan itu ialah bagi membantu Myanmar keluar daripada pemerintahan diktatornya selama berdekad-dekad.
Presiden Perancis itu menyambut Encik Thein Sein dengan tenang dan tidak hadir dalam sidang akhbar dengan wartawan.
Beliau sebaliknya mengeluarkan kenyataan sedang kumpulan hak asasi di Paris membantah terhadap serangan ke atas puak Rohingya di Myanmar.
"Presiden Republik ini menekankan peri perlunya semua tahanan (politik) dibebaskan tanpa syarat dan keganasan antara kaum baru-baru ini disiasat sepenuhnya," kata kenyataan itu.
Encik Hollande bagaimanapun mengalu-alukan proses politik Myanmar dibuka kepada parti-parti politik dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Cik Aung San Suu Kyi, sambil berkata Perancis sedia menghulur bantuan untuk membangunkan program penjagaan kesihatan dan pendidikan negara itu.
Bagaimanapun, beliau akur dengan gesaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, yang ditemui Encik Thein Sein pada awal tahun ini, dan Perdana Menteri Britain, Encik `David Cameron, agar Myanmar giat meneruskan usaha pembaharuan demokratik dan menyelesaikan pertikaian antara kaumnya.
Ahad lalu, Encik Thein Sein berkata beliau telah membubarkan satu pasukan keselamatan yang didakwa melanggar hak asasi terhadap masyarakat Islam Rohingya di wilayah Rakhine di barat Myanmar, tempat berlakunya keganasan yang membawa maut antara puak Islam itu dengan penganut Buddha majoriti pada, tahun lalu.
Encik Thein Sein juga berkata beliau hampir mencapai satu gencatan senjata di seluruh negara untuk menamatkan konflik antara kaum yang telah berjalan sejak berdekad-dekad itu.
Encik Hollande menggesa supaya kumpulan hak asasi dibenarkan beroperasi secara bebas di Myanmar - sebagai tanda sokongan kepada banyak kumpulan yang telah menggesa beliau mengambil pendekatan tegas ke atas masalah negara itu

No comments:

Post a Comment

PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Busuk.com