Thursday 18 July 2013

Banduan penjara Batam pula larikan diri

BATAM: Polis Indonesia semalam memburu lebih 100 banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara di Pulau Batam.
Ini kali kedua banduan melarikan diri daripada pusat tahanan di Indonesia dalam tempoh kurang seminggu.
Kejadian terbaru berlaku awal semalam apabila 12 banduan yang ditahan atas kesalahan dadah memukul dua pengawal dan seorang penjaga bangunan, kata ketua polis Brigedier Jeneral (BG) Endjang Sudrajat.
Menurut beliau, kumpulan itu kemudian memecahkan tingkap di pejabat warden, sebelum banduan lain turut melarikan diri.
Polis melancarkan buruan di serata pulau dan sejauh ini hanya berjaya menahan semula seorang banduan.
Penjara itu menempatkan 400 banduan walaupun kapasitinya 250 orang.
Khamis lalu, 212 banduan, termasuk sembilan anggota militan, melarikan diri daripada sebuah penjara di Menda selepas memulakan rusuhan dan kebakaran di situ.
Seramai 103 daripada mereka telah berjaya ditahan semula tetapi 109 lagi masih diburu.
Empat pengganas masih lolos, termasuk Fadli Sadama, 28 tahun, yang sedang menjalani hukuman 11 tahun penjara.
"Kami sedang menyiasat sama ada kejadian di Medan memberi inspirasi kepada para banduan di sini," kata BG Sudrajat.

No comments:

Post a Comment

PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Busuk.com