KL: “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup
(CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa seurat
benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk
menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata
Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau
berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini,
semalam.
Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke
berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan
yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di
Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.
“Pengguna
memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta
arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV
di laluan itu.
“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang
terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk
menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.
Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.
“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.
“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.
Katanya,
dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak
direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk
menangkapnya.
“Mujur
seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap
pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar
pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.
“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.
Anuar
berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja
dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga. (myMetro)