Tuesday 29 October 2013

Berdiri tak sama tinggi


MARDIN (Turkey): Lelaki paling tinggi di dunia, Encik Sultan Kosen, sedang memotong kek yang sama tinggi dengan beliau bersama isterinya, seorang warga Syria, semasa majlis perkahwinan mereka di sini, kelmarin.
Encik Kosen, 30 tahun, dilaporkan setinggi 2.51 meter dan mendapat gelaran itu daripada Guiness World Records pada 2009.
Beliau, yang berasal dari bandar Mardin di timur Turkey, juga dilaporkan mempunyai tangan dan kaki terbesar di dunia, masing-masing sebesar 27.5 sentimeter dan 36.5 sentimeter.
SAMBUNG BACAAN>>>>>

Sunday 20 October 2013

Ronaldo atau Ribery?

 
Seorang pemain bertaraf bintang dunia terpaksa mengalah jika Perancis bertemu Portugal dalam perlawanan penentuan
PARIS: Antara Cristiano Ronaldo dan Franck Ribery, pemain mana yang anda mahu lihat beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia di Brazil pada tahun depan?
Bagi peminat Portugal, Real Madrid dan mungkin Manchester United, sudah tentu Ronaldo.
Bagi penyokong Perancis dan Bayern Munich pula, pastinya Ribery.
Namun, terdapat kemungkinan hanya seorang daripada mereka dapat beraksi di Sao Paulo dan Rio de Janeiro, Brazil, jika Perancis dijodohkan berdepan Portugal dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia nanti.
Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, mengakui bahawa beliau mahu mengelak bertemu Portugal apabila undian perlawanan pentuan tersebut dibuat Isnin ini.
Berdasarkan ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Perancis dijangka diundi bertemu sama ada Portugal, Greece, Croatia atau Ukraine.
Ditanya pasukan mana yang mahu dielakkannya, Deschamps berkata: "Sudah pastinya Portugal kerana mereka mempunyai Cristiano Ronaldo, pemain hebat dan sangat berpengaruh.
"Greece, Croatia dan Ukraine lebih bermain sebagai sebuah pasukan tetapi ini tidak bermakna laluan kami lebih mudah jika terpaksa bertemu mereka."
Perancis, yang menundukkan Finland 3-0 dalam perlawanan terakhirnya, terpaksa bermain dalam perlawanan penentuan apabila ia hanya mampu menduduki tempat kedua dalam Kumpulan I.
Ini kerana Sepanyol, juara bertahan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, menang 2-0 ke atas Georgia bagi membolehkannya mendahului kumpulan itu.
Portugal pula perlu meniti laluan yang sama walaupun mengatasi Luxembourg 3-0 dalam Kumpulan F.
Kemenangan itu hanya menempatkan Portugal di tempat kedua di belakang Russia, yang layak secara automatik selaku juara kumpulan.
Ini bermakna terdapat kemungkinan kededua pasukan yang membariskan dua pemain terbaik dunia itu - Ronaldo dan Ribery - berentap dalam perlawanan penentuan dan salah seorang daripada mereka hanya layak menjadi penonton.
Namun, peluang Ribery dan Perancis ke Brazil lebih tinggi berdasarkan prestasi mereka sejak kebelakangan ini.
Kemenangan mereka ke atas Finland dicapai menerusi permainan cantik dan tiga gol yang dijaring dalam perlawanan itu meningkatkan jumlah gol mereka kepada 13 dalam tiga perlawanan.
Pencapaian Perancis itu boleh dikaitkan dengan persembahan cemerlang dan pengaruh Ribery serta prestasi hebat kededua penyerang Karim Benzema dan Olivier Giroud yang tidak mensesiakan peluang jaringan.
Sementara itu, menurut satu perkiraan yang dibuat oleh laman web rasmi Fifa, terdapat kemungkinan tuan rumah Brazil bertemu Italy dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia yang bakal diadakan di bandar Sao Paulo pada 12 Jun tahun depan.
Perlawanan kedua juga tidak kurang hebat yang bakal menyaksikan ulangan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 iaitu Sepanyol berdepan Belanda.
Namun, perkiraan tidak rasmi itu dibuat berdasarkan ranking Fifa yang akan menentukan pasukan-pasukan pilihan dalam pertandingan itu.
Fifa dijadualkan membuat keputusan mengenai pasukan pilihan itu lewat semalam sebelum undian sebenar bagi menentukan kumpulan yang bakal bertanding dibuat pada 6 Disember ini.
SAMBUNG BACAAN....

Sunday 6 October 2013

Black-Footed Albatrosses





Photo: Two birds on sand

Photograph by Frans Lanting, National Geographic
Black-footed albatrosses like this male (right) and female on Hawaii's Tern Island may meet to dance and work on nest construction for several seasons before breeding, nurturing a bond that can last 20 years or more. CONTINUE....
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Busuk.com