Friday 21 June 2013

Cerita Lucu: Aku dan Polis



Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....

Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.

Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...
Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .

Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.

Bila polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr .

Gambar sebenar farah nurizzati salleh kini didedahkan


salam semua,,,, saye cuma membaca dari sumber,,,, terus saja ke link di bawah
http://suffianzone.blogspot.com/






Bacaan Tambahan

http://cikyanzone.blogspot.com/
http://suffianzone.blogspot.com/
http://duniamayaabby.blogspot.com/
http://peliksaja.blogspot.com/
http://awathangni.blogspot.com/
http://abahkamu.blogspot.com/
http://opahkamu.blogspot.com/
http://alahaikau.blogspot.com/
http://apekohe.blogspot.com/
http://apacerpa.blogspot.com/
http://opocotko.blogspot.com/
http://politikhariini.blogspot.com/
http://alamakhg.blogspot.com/
http://omakaureferral.blogspot.com/
http://lagumanatu.blogspot.com/
http://hantamjela.blogspot.com/
http://manamautu.blogspot.com/
http://manapunboleh.blogspot.com/
http://ambikhang.blogspot.com/
http://petuamoden.blogspot.com/
http://resepiistemewa.blogspot.com/

Monday 17 June 2013

Cerita Lucu: Lesen P



Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...

Cerita Lucu: Hotel



Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."

Cerita Lucu: Cuti sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Sunday 16 June 2013

Cerita Lucu: Isteri Idaman



Gambar Hiasan

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

Sunday 9 June 2013

Chot ke Perpustakaan

http://www.utusan.com.my/pix/2000/0524/Utusan_Malaysia/Hiburan/et1_big.jpg
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

Thursday 6 June 2013

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????





ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Monday 3 June 2013

23 perkara jangan dilakukan ketika memandu


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Di Bilik Bedah


Di dalam sebuah bilik bedah seorang pesakit begitu takut dan berkata kepada doktor,

"Doktor, saya sangat takut sekali untuk menghadapi pembedahan ini. Ini pertama kali saya di bedah."

Jawab doktor,
"Saya cukup faham dengan perasaan anda dan begitu mengerti kegugupan anda sekarang kerana saya juga baru pertama kali membedah pesakit."

Sunday 2 June 2013

Asal Usul Negara Denmark


Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.

Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Rabeah pun berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau." tempik Raja.

Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?". Lalu anak pertamanya menjawab " Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab "den mak". Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan 'den mak' lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.

Tiada Wang


Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"

Saturday 1 June 2013

Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia




LARI 100KM BERPAGAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Busuk.com